Selamat Datang ke blog kami...
POKOK TUALANG
PRODUK BERASASKAN MADU LEBAH TUALANG JENAMA BAHTERA YUBALAM
AL-Quran, Surah An-Nahl, Ayat 68-69 yang bermaksud:
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan) bagi orang-orang yang mahu berfikir."
MADU TUALANG BAHTERA YUBALAM merupakan madu lebah hutan segar yang tidak mengalami apa-apa proses. Madu ini dipungut dan ditapis sebelum dibotolkan.
Madu lebah asli baik untuk kesihatan, perlulah diminum setiap pagi sebelum sarapan. Madu keluaran B.Y.E. tidak dicampur dengan benda asing yang lain kerana benda asing tersebut boleh merosakkan madu dan jangka hayat madu tidak lama.
Madu yang asli boleh bertahan hingga puluhan tahun. Nilai madu asli juga akan meningkat mengikut kematangan dan kegelapan warna madu tersebut. Madu yang disimpan lebih lama akan semakin gelap.
Mengikut Prof H.A. Schuette dari Jabatan Kimia, Universiti Wisconsin mendapati madu yang bewarna gelap mengandungi kandungan zat kuprum, zat besi dan manganese yang lebih tinggi. Madu juga kaya dengan vitamin dan zat galian penting membabitkan vitamin A dan B kompleks, C dan E juga zat galian termasuk kalsium, fosforus, sulfur, karbon, magnesium dan sebagainya.
B.Y.E. membekalkan 3 jenis peringkat madu iaitu muda, setengah matang dan matang. Walaubagaimanapun, madu tua yang kami bekalkan adalah madu tua yang terus diambil dari pokok bukannya disimpan terlebih dahulu. Namun jika ia disimpan, ia tetap berubah menjadi tua.
Perbezaan asas antara madu muda, setengah matang dan matang
Matang
| ||
Warna madu coklat kemerah-merahan
|
Warna madu coklat kehitaman
|
Warna madu hitam
|
Diambil dari pokok, lebah masih putih
|
Diambil dari pokok, lebah belum berkepak
|
Lebah sudah dewasa, mula makan madu.
|
Kandungan gas yang kuat
|
Gas sederhana
|
Gas kurang
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan