ANTIBIOTIK |
Petua 1: |
1 sudu besar Madu Lebah + 1 sudu kecil jintan hitam |
Madu dicampurkan bersama-sama jintan hitam dan diminum 3 kali sehari |
BATUK |
Petua 1: |
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu besar Madu Lebah. |
Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari. |
Petua 2: |
1 biji limau nipis + 1 sudu besar Madu Lebah. |
Limau nipis diperah dalam air madu lebah Tayyibah. Minum 3 kali sehari |
BIBIR PECAH |
Petua 1: |
1 sudu Madu Leah |
Sapu madu di tempat bibir yang pecah |
CERDAS |
Petua 1: |
2 sudu besar Madu Lebah + 1 sudu besar minyak zaitun + 3 biji kismis + 3 sudu besar daging burung merpati (serbuk). |
Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbijji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur. |
CERGAS |
Petua 1: |
Minum 1~2 sudu besar Madu Lebah 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur. |
DARAH TINGGI |
Petua 1: |
1 sudu besar Madu Lebah di minum secara terus menerus 3 kali sehari. |
DARAH KURANG (Anemia) |
Petua 1: |
Makan 3 sudu besar Madu Lebah 3 kali sehari. |
KUDIS |
Petua 1: |
7 biji bawang merah + 2 sudu besar Madu Lebah, sebatikan dan sapukan pada tempat kudis. |
LUKA |
Petua 1: |
Sapukan pada luka. Gunakan Madu Lebah dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1-2 minggu. |
Keratan akhbar berkenaan khasiat madu lebah dapat menyembuhkan luka: |
SESAK NAFAS |
Petua 1: |
3 sudu besar Madu Lebah + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari. |
SUSAH TIDUR |
Petua 1: |
2 sudu besar Madu Lebah + segelas air suam. Campurkan dan minum air madu tersebut |
SERAK (Hilang Suara) |
Petua 1: |
1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu besar Madu Lebah lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh. |
Madu Lebah Tualang
Jumaat, 14 Oktober 2011
Petua Warisan Madu
Selasa, 13 Julai 2010
Assalamualaikum
Selamat Datang ke blog kami...
POKOK TUALANG
PRODUK BERASASKAN MADU LEBAH TUALANG JENAMA BAHTERA YUBALAM
AL-Quran, Surah An-Nahl, Ayat 68-69 yang bermaksud:
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan) bagi orang-orang yang mahu berfikir."
MADU TUALANG BAHTERA YUBALAM merupakan madu lebah hutan segar yang tidak mengalami apa-apa proses. Madu ini dipungut dan ditapis sebelum dibotolkan.
Madu lebah asli baik untuk kesihatan, perlulah diminum setiap pagi sebelum sarapan. Madu keluaran B.Y.E. tidak dicampur dengan benda asing yang lain kerana benda asing tersebut boleh merosakkan madu dan jangka hayat madu tidak lama.
Madu yang asli boleh bertahan hingga puluhan tahun. Nilai madu asli juga akan meningkat mengikut kematangan dan kegelapan warna madu tersebut. Madu yang disimpan lebih lama akan semakin gelap.
Mengikut Prof H.A. Schuette dari Jabatan Kimia, Universiti Wisconsin mendapati madu yang bewarna gelap mengandungi kandungan zat kuprum, zat besi dan manganese yang lebih tinggi. Madu juga kaya dengan vitamin dan zat galian penting membabitkan vitamin A dan B kompleks, C dan E juga zat galian termasuk kalsium, fosforus, sulfur, karbon, magnesium dan sebagainya.
B.Y.E. membekalkan 3 jenis peringkat madu iaitu muda, setengah matang dan matang. Walaubagaimanapun, madu tua yang kami bekalkan adalah madu tua yang terus diambil dari pokok bukannya disimpan terlebih dahulu. Namun jika ia disimpan, ia tetap berubah menjadi tua.
Perbezaan asas antara madu muda, setengah matang dan matang
Matang
| ||
Warna madu coklat kemerah-merahan
|
Warna madu coklat kehitaman
|
Warna madu hitam
|
Diambil dari pokok, lebah masih putih
|
Diambil dari pokok, lebah belum berkepak
|
Lebah sudah dewasa, mula makan madu.
|
Kandungan gas yang kuat
|
Gas sederhana
|
Gas kurang
|
Langgan:
Catatan (Atom)